Thursday 19 February 2015

ORANGE ROASTED CHICKEN

 photo JCRC.jpg



Roasted chicken nie masih gune resipi yg same dari Anti JC....cume yg nie lebih moist sbb mak gune teknik berikut yg mak compile dari hasil google.....memang berbaloi....moist sangat ayam nie....sangat puas hati.... yang atas nie gambo 1st time buat dulu....

1) Gune suhu 180C ,45 minit pertama pakai api bwh aje....then the rest gune api gril.Masak 1.5 jam
2) Penuhkan cavite ayam (mak sumbat 1 biji epal fuji dan 1 biji limau jenama sunkist)
3) Sentiasa siram air dan minyak yg keluar pada badan ayam semasa membakar (proses ini dibuat 25 min sekali)



Bahan2nya :-


1 - ekor ayam - bersihkan dan lap kering
6 - ulas bwg putih }
2 - sudu besar rosemary }
2- sudu besar thyme }
2 - sudu besar parsley }
1 - sudu teh garam } ---------> kisar bersama
1 -sudu teh pepper }
2 - sudu besar grated orange peel (1 biji ) }
2- sudu besar grated lemon peel (1 biji) }
1/2 cwn minyak sayur - agak2 asal bole kisar bhn atas }
1 - biji orange - hiris kasar }
1 - biji epal fuji- hiris kasar }-----> tuk letak dlm cavite

Cara :
Sapu bhn kisar pade badan ayam (luar n dalam)...juga pade bwh kulit ayam (hati2 jgn sampai kulit koyak )
Simpan separuh untuk basting .Masukkan hirisan orange dan epal dlm perut ayam.Perap semalaman.
(simpan dibhg bwh peti ais)


Panggang dlm 1.5 jam pade suhu 180'C ( 45 minit api bwh saja....the rest api grill)




 photo ROATEDCHICKEN.jpg





 photo SLICERC.jpg



Untuk sosnya terpulang nak mushroom or black pepper



BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah VIA Masm Manis


40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu ******

**** mak xde krim tenusu nie....mak bedal letak whipping krim.......sedap aje xcacat pun rasenya.....yummy..... :-D



Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil (mak pun sama)
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masuk krim kacau rata dan angakat







No comments:

Post a Comment