Wednesday 28 January 2015

BERTEMU RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT


Artikel nie mak dpt kat e-mail

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)



 photo AL-Baqarah_Ayat_102.jpeg

Tuesday 27 January 2015

DWI COKLAT KEK



Pestime buat dulu lebih milo sbb koko tinggal sikit...kali nie buat ikut sukatan...
Pade mak dua2 sedaap....tapi u allz prefer yg lebih milo......






 photo kekkukus.jpg



Kek nie xde name...name tue mak yg memandai bagi...resipi dari anti nor....
chinese opis mate dier bagi...dier bagi dlm sukatan bowl yg cina selalu makan nasi tuh...
mak xde itu mangkuk so mak tukar pada cawan....sendirik sukatleh.....keyi ma..(bole jugak)....




Kek nie sedapppp sesangatt...chocolatey ...lembap n lembut gebuss...
mudah plak tuh nak buat.....campur sume ...kukus......
Penggunaan 2 jenis susu jadikkanyer lebih mabeles.....





Bahan :



2 - cwn tepung }
1 - cwn milo }
1- cwn serbuk koko }-------> ayak bersama
1 - st baking powder }
1 - st bikarbonat soda }
1 - cwn susu pekat manis
2 - cwn susu cair
1/2 - cwn minyak jagung
3 - biji telur - pukul sket
1 - st esen vanilla



Cara :

1. Masukkan bhn ayak dlm bowl.then buat lubang kat tengah.
2. Masukkan bhn2 lain sehingga selesai.(Gaul guna whisker supaya adunan x berketul)
3. kukus sehingga masak .(40 minint hingga satu jam)



 photo keklembap.jpg



Monday 26 January 2015

KETAM MASAK LEMAK

 photo lemakketam.jpg





Bahan :


5 - ekor ketam bunga (belah 2)
1000 ml santan (dari 1.5 biji kelapa)
2 - labu  bwg besar }
2 - ulas bwg putih }-----> kisar halus
1 - cm lengkuas }
3 - biji buah keras }
sedikit belacan }
1 - btg serai (titik)
1 - kiub ikan bilis - optional
1- helai kecil daun kunyit siat2kan
garam secukup rase



Cara :


1. Tumis serai,wangi masuk bahan kisar,wangi masuk santan,garam dan kiub ikan bilis.
2. Mendidih masuk ketam,mendidih masuk daun kunyit.Angkat


Note : Kalau xtumis pun bole.lebur aje sume...




KETAM BLACK PEPPER

 photo bpcrab.jpg




Resipi nie anti G mintak pade orang restoren tempat dier selalu makan.......senangnak buat....yet sedappp...

Selalu kalau makan kat restoren...harga pun bole tahankan....padahal resipinya very the simple....






3 - ekor ketam bunga (belah 2 - goreng dgn garam kunyit)
1 inci - halia muda - tumbuk halus (jgn pakai yg tua nti rase pedo.....tak sedap)
1 - st lada hitam - tumbuk kasar
2 - sb sos tiram
sedikit air


Note : Jangan letak garam


Cara

1. Ketam goreng garam kunyit.(Jgn garing sangat)
2. Tumbuk lumat halia.then masuk lada hitam.Tumbuk kasar.
3. Tumis bhn tumbuk.wangi masuk air,then sos tiram.
4. Masuk ketam,gaul sebati.Angkat.














Sunday 25 January 2015

BEGEDIL

 photo begedil.jpg






Begedil nie emak buat untuk makan dgn soto ....selalunya dulu emak letak tepung utk satukannya...then mak long punye kwn ajar cume letak telur.... tuh yg sedap....

Bahan:

7-9 biji kentang (sederhana)
1/2 kilo daging
2 pokok dauh sop (mayang halus)
2 biji telur ---> (1 tuk coated,1 tuk campur dlm adunan)
garam secukup rase

Cara :

1) Daging rebus then kisar kering.
2) kentang rebus then lecek
3) campur semua bhn sebati then masuk telur yg di pukul sedikit
4) kepalkan,coated dgn telur yg dipukul dgn sedkit garam.
5) goreng hingga kuning...
















APAM GULA MERAH

 photo apam-1.jpg





Sumber :- Rinnchan fotopages


Bahan-bahan:
3 cawan air
1 cawan gula merah (gula timbang)
1 cawan gula perang
*Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.

500gm tepung gandum
1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah
melimpah2 nanti !!!)dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda.
4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.


Part Gule tu mak modified sebab kalau resipi asal kurang manis....
One of my peberat kuih......selalu kalau beli berhinggit2......gupe2 sonang beno nak membuatnya
Kate abah ibu shikin pun suke.....selalu kirim abah beli kat sekolah mase abah kecik dulu.....




Note : kalau mase masuk tepung berketul2....tapis....then kacau dengan senduk tekan bintil2 hingga larut....kalau tidak mase potong akan nampak tepung yg tak larut.....





SOTO

 photo soto.jpg




Buat kuahnya senang aje.....yg leceh sket yg sampingan tu.....


Untuk sekor ayam

2 - labu bwg besar }
3- ulas bwg putih }-------------> kisar halus
1- inci halia }
2 - sudu mungkum rempah sup

Campurkan sume bhn atas then tumis.......wangi masuk air dari rebusan ayam then masuk dlm ayam yg direbus.....


mak tak masuk rempah tumis sbb sume dah ade dlm rempah sup....
Mak selalu guna rempah "faiza:




Sambal kicap :


20 - biji cili padi - buang biji
2 - ulas bwg putih
1/2 - cwn kicap manis
gule secukupnya
garam jika perlu




Bahan sampingan :

Lontong
sambal kicap
taugeh - celur dgn air panas
begedil
bwg goreng
daup sup
ayam yg disiat2kan


















Saturday 24 January 2015

IKAN PARI BAKAR

 photo psambal.jpg



 photo pbakar.jpg









Bahan-bahannya :

1 ekor ikan pari, dipotong dua dan dibersihkan
3 sudu makan kicap
gula perang secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
5 biji limau kasturi

Bahan untuk dikisar :

10 batang lada merah
10 batang cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan kicap, gula, garam dan serbuk perasa.  Setelah rempah masak, ketepikan.
2. alaskan loyang dengan daun pisang. Letakkan ikan pari diatas daun pisang, dan tuangkan rempah yang telah ditumis tadi diatas
3. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 40 minit. Angkat, sewaktu dihidang boleh perahkan jus limau kasturi



Untuk Ikan kat atas tuh mak double-up kuantiti untuk sambalnya......
Memang sedap.......macam pari bakar yang selalu our family makan kat tepian tebrau.....


Selalunya kalau pari kecik nie nenek panggir Tuka......
















BUTTER PRAWN



 photo BUTTERPRAWN-1.jpg



3 kali percubaan baru jadik .......sbb tu org kate usaha tangga kejayaan.....bile kite xputus asa mencube pasti berjaya....chewah.....

Yg rumitnya buat tang misainya tu....sebenarnya bukan susah sgt....ewah kerekle plak ....cume teknik mau betul.....

cara membuat mak negok kat youtube then diperkasakan teknik2nya dgn sumber dari blog masakan
....gupenya bukan mak sorang aje yg fail byk kali nak hidangkan menu nie....ramai yg mengalami nasib yg sama...:))...



 photo BUTTERPRAWN.jpg


Nila misai yg beberapa kali gagal dibuat....klu misai xjadik....xjadikle menu nie....
tapi xde misai pun sedap udang nie....


Bahan :-

3 biji kuning telur (klu telur besar gune 2 biji saja,maknya saiz sederhana)
3 sb mungkum butter
3/4 cwn minyak masak


Cara :-

Pukul sket telur.Panaskan minyak bersama butter.
tuangkan sket2 telur tadi (dari jarak yg agak tinggi) sambil terus mengacau seperti bulatan,(Guna senduk besi bulat utk proses nie supaya senang nak buat pusingan)
Bile habis terus matikan api sambil terus mengacau then angkat dgn penapis kelapa (sbb tahan panas).letak atas tisu serap minyak.



Bahan tuk udang :

15 ekor udang (perapkan dgn garam n pepper)
5 tangkai daun kari
5 cili padi hijau - potong bulat2
3 ulas bwg putih cincang halus
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak untuk menumis (dari minyak buat misai tadi)
garam n gula secukup rase (garam jgn byk sbb minyak dah ade butter)


Cara :

Goreng udang dgn minyak biasa.Masak angkat.
tumiskan bwg putih,lada padi n daun kari tadi.Wangi ,masuk gula n garam then susu.
masukkan udang.bile agak kering angkat.Hidangkan dgn misai tadi (gaulkan serata)


Friday 23 January 2015

PUDING ROTI

 photo prs.jpg



Sumber: Allrecipes.com


Bahan-bahannya

10 keping roti, dipotong kiub
¼ cawan majerin, dicairkan
½ cawan kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis (Mak omit)
6 biji telur
¾ cawan gula ******
2 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipanaskan
Secubit serbuk buah pala (Me omit)

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar.
3. Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanilla dan garam. Kacau sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan telur ini diatas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair meresap kedalam roti.
4. Bakar didalam oven selama lebih krg 40 minit, atau sehingga lidi pengguji bersih menandakan pudding roti telah pun masak. Gune api grill



****** mak tak masukkan kismis dalam adunan sbb kakak xmakan so gulanya mak tambah
jadik 11/4 cwn....





 photo pr.jpg

Senang di buat n rasanya seedaap sangat......



 photo proti.jpg



KARI IKAN AYAM



 photo 20140813_132314.jpg




Dah lame xmasak kari ikan ayam nie....abah mane geti mkn ikan klu xgoreng dulu....ikan ni plak
Xsedapler klu goreng dulu baru masak....

Farhan n akak syek tny ikan ape....u all suke sangat......gupenyer mase mak masak dulu farhan kecik lagi.....akak pun xingat mak penah masak dulu...boleler beli selalu lepas nie....




 photo 20140813_132534.jpg


Makan ngan sambal air asam.....byknyer kalori masuk....hu3......





Bahan :

2 ekor sederhana ikan ayam
1.5 liter santan dari 2 biji kelapa
3 labu besar *
2 ulas bwg putih*
1/2 halia*
1 btg serai - titikkan
3 pelepah daun kari
2 sudu mungkum rempah kari adabi
2 sb sos tomato
Garam n gula secukup rase


*kisar halus then masuk rempah kari

Cara :

Tumis serai n daun kari then msk bhn kisar,wangi masukkan santan,garam,gula n sos.
Mendidih masukkan ikan n reneh hingga ikan masak.

Thursday 22 January 2015

SWEET SOUR SENIBONG



 photo 20140914_142441.jpg




Mase mkn seafood kat senibong tuari sweet sour dier sedap sangat.....letak cili paste!
So meh ler kite cube buat kat umah.....nak pegi lg....pheewww.....mahal.....
Nie dpt tau dr kengkawan abah kat opis....skrg lg mahal sbb owang s'pore ramai dah pandai gi sana .......:(


 photo 20130920_213045_1.jpg

Bahan :

1 ekor ikan siakap ( goreng dgn garam n kunyit)
2 sb paste cili *
2 ulas bwg putih *
1/2 inc halia *
1 labu bwg holland - mayang
2 sb sos chili
1 sb sos tomato
1 sb sos plum
1 sb sos tiram
Garam n gula perang secukup rase

* kisar


Cara :

- Tumis bwg,layu masuk bhn kisar
- wangi masuk semua sos n perasakan dgn garam n gula.siap.

Wednesday 21 January 2015

IKAN SAMBAL HIJAU



 photo 20140103_132554.jpg







Sumber : Yatie memories


Sedap lauk nie... dah jadik maknye peberet........mase pestime buat mak gune bhn2 kat bwh.itu yg ade dlm
Frezer mase tu.then kali kedua buat ikut resipi but mak prefer sukatan kat bwh....




Bahan :

4 ekor ikan kembung
1/2 cwn santan
1 hiris air perahan limau nipis
Air jika perlu

bhn kisar :

2 labu bwg besar (sederhana besar)
3 ulas bwg putih
3 biji cili hijau
2 sb ikan bilis
Sedikit belacan
13 biji cili padi


Cara:

1.ikan goreng garam n kunyit
2. Tumis bhn kisar hingga wangi,masuk santan.perasakan dgn
     Garam gula.
3.masuk jus.angkat

Tuesday 20 January 2015

STICKY CARAMEL CHICKEN WING

Walaupun digoreng.... ayam nie moist mcm panggang...sedap sangat...




 photo 20140131_150134.jpg









Bahan :

12 kpg kepak ayam (potong 2 jadik 24)
3 ulas putih ketuk (jgn kopek kulitnye)
1 sb halia cincang (mak tumbuk halus...pki halia muda)
1sb sos cili
1 sb kicap
1 sb sos ikan
7 sb madu
2 sb minyak

Cara :

1.Tumis bwg putih n halia.masuk ayam
2.tunggu ayam tukar warna.masuk semua sos n madu
3.tutup,kacau sekali sekala sehingga ayam bersalut dgn sos.(dlm 15 min)
4.jgn risau bile nmpk mcm nak hangus,kacau sampai bersalut sempurna

Monday 19 January 2015

SAMBAL GORENG ALA EMAK

 photo tempe.jpg


My simple sambal goreng...xleh panggir sambal goreng kot sbb xde sambal...
Bedaljek lar... ;;)


bahan : 

3 ulas bwg merah  - mayang
1 ulas bwg putih - mayang
7 tangkai kacang panjang - potong serong
1 biji kentang - goreng
2 keping tempe  - goreng
10 ekor udang
Kicap secukupnya
Sedikit garam
sedikit air



Cara :
1.tumis bwg,masuk Udang,air,garam n kacang
2.kcg lembut masuk kentang,tempe n kicap.kacau sebati.angkat



MASAK KUALI

Resipi nie dari Kak Ani jiran mak mase duduk kat pandan....
Mase mak long bersalin dier tolong masak....

Resipi dari Indonesia rasenya nie.... bahannya mcm
bhn masak rendang...cume yg nie pki ikan....



 photo 20150118_124956.jpg


Bahan :

4 ekor ikan - goreng dgn garam n kunyit
1 helai daun kunyit - siat2kan
1 liter santan - dari 1.5 biji kelapa
Garam secukup rasa

Bahan kisar :

10 tangkai lada kering
5 biji bwg kecil
2 biji bwg putih
2 biji buah keras
2 btg serai
1/2 inc halia
1/4 inc kunyit
Sedikit belacan - mak add

Cara :
1.tumis bhn kisar hingga naik bau
2. Masuk santan,garam n daun kunyit
3.didih, masuk ikan.renehkan hingga kuat pekat.matikan qpi

Sunday 18 January 2015

ASAM PEDAS AYAM

mak klu bole setiap minggu nak ade lauk asam pedas....
U allz sukela sbb guna ayam....mak sejak dah veteren nie
Kureng sket suke ayam...more to ikan....

Kali nie buat cair sket sbb nak mkn ngan rojak....bhn same cume care
Masak lain sket.....




 photo 20150123_132754_1.jpg
Bahan :

1/2 ekor ayam
20 tangkai cili kering } - rendam ngan air panas***
3 labu bwg besar }
3 ulas bwg putih }
1/2 inc halia } ------> kisar halus
1/4 inc kunyit }
1/2 inc lengkuas }
1 inc belacan }
1 sb asam jawa ]
1 liter air ] ----> ramas bersama
segenggam daun kesum
garam secukup rase
sedikit gula perang - tuk balance rase masam


Cara: 

1. Tumis bhn kisar hingga garing,masuk ayam gaul sebati
2. reneh hingga ayam tukar warna,masuk air asam,garam n gula
3. reneh lagi hingga kuah sedikit pekat
4..masuk daun kesum gaul then matikan api.



ROJAK PETIS


Salah satu jenis rojak yg ade kat Malaysia....mak selalu panggir rojak petis....


 photo ROJAK.jpg


Bahan2 :

Timun
Sengkuang
Nenas
Taugeh }
Kangkung } ---> celur kejap





Klu suke tahu bole letak....we allz x suke...tapi klu buat rojak cina or
Rojak tahu ....makan plak....:D

Mak suke tempe goreng...so mak add kali nie....



 photo 20150123_142015.jpg



 photo RSAYUR.jpg

Tuk kuah nie mak selalu agak2jek....tadi buat mak sukat for ur  indication....




 photo RBUAH.jpg




Bahan Kuah : 

200 gm kacang tanah - goreng n kisar kering
3 sb lada kisar
2 sb petis
3 sb kicap manis
1 cwn air asam jawa
Garam - jika perlu
Gula secukup rasa




 photo 20150123_141259_1.jpg


 photo RKUAH.jpg

Friday 16 January 2015

NASI BARYANI

 photo nbaryani.jpg


Nasi baryani merupakan peberet abah....nasi nie mkn camtujek dah sedap....
Sesiapa yg mkn mesti bagi compliment....memang sedap resipi sumbangan
Mariam yusof di Mesra net nie....

Ade bhn yg mak omit..ikut Citarasa sendiri bila dah banyak kali buat.....



Bahan  :

8 cwn beras basmathi  - rendam 20 min n tos
9 cwn air
1 cwn susu cair
1 sb rempah baryani
2 sb minyak sapi
2 senduk minyak masak
4 sb gula
garam secukup rasa
Pewarna kuning


Bahan kisar :
1/2 cwn daun pudina
3 btg cili hijau
10 ulas bwg putih
10 biji bwg merah
2 inc halia
1 cwn air

***bhn kisar campur rempah baryani


Bahan tumis :
5 bunga lawang
5 biji pelaga
2 btg kayu manis
5 biji bunga cengkih

Bahan  tabur :
Segenggam kacang gajus goreng
1 pokok daun ketumbar - mayang kasar
1/2 cwn bwg goreng

Cara  

1. Panaskan minyak n minyak sapi,tumis bhn tumis,wangi masuk bhn kisar
2.naik bau masuk air,beras,garam,gula,susu.
3.didih alih ke periuk letrik,masak seperti biasa.
4.nasi masak,buat lubang masuk pewarna kuning,kacau sebati.
5.tabur bhn tabur ketika menghidang

UDANG MASAK UNGKEP

Masak ungkep patutnya mcm kuah rendang...pekat....
Tapi biasala klu xberkuah...nti u allz komplen...

Pestime buat dulu pki susu cair n mak lebihkan 2x ganda susunya...
Kali nie buat mak gune 1 liter santan dari 2 biji kelapa...still sedap...
Mcm mkn lauk lemak ketam.....=P~

Mkn ngan nasi baryani..berempah so mak xgandakan bhn Masak...just lebihkan kuah...



 photo 20150121_140002-1.jpg




Bahan :
1/2 kilo udang
2 sb serbuk ketumbar
1 st serbuk jintan putih
1/2  cwn Susu cair or santan
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar (mak tambah)
garam secukupnya


Bhn kisar :

3 ulas bwg putih
5 ulas bwg merah
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 btg serai
Sedikit serbuk kunyit
2 tangkai daun kari


Cara :

1.perap udang dgn semua bhn keculi santan
2.tumis bhn perap,udang tukar warna masuk santan n garam.
3. Renehkan hingga kuah sedikit pekat.matikan api masuk daun ketumbar.

TENGGIRI SAMBAL MADU

Actually resipi nie ialah resipi ayam madu dari buku resipi Rubiah Suparman...
Name aje lain...rasenya mcm ayam masak merah orang kenduri kawin....

Sedap sangat resipi nie...sejak pestime buat me stick to this resipi
For ayam masak merah.....
Masa masak kak Jehan tunang...semua suke....

Selalu klu masak nasi baryani mesti ganding dgn daging baryani n ayam
Masak merah...

Pada mak dah selalu sangat...muakler...
This time tukar ganding dgn ikan masak merah n udang ungkep.....terbaikk...
Akak pun ckp camtu......



 photo 20150121_140130.jpg



Bahan :

1ekor ayam or 1 ekor ikan tenggiri (7 kpg) - goreng dgn garam n kunyit
1 sb rempah kari daging
3 sb madu or gula perang
2 sb sos  tomato
Garam secukup rasa
Sedikit air

Bhn kisar :

1 labu bwg besar
4 ulas bwg putih
1/2 inc halia
3 sb cili kisar

**bhn kisar campur rempah kari






 photo AYAMSOSHA.jpg



Cara :

1.tumis bhn kisar,garing masuk air,sos,madu n garam
2.masuk ayam,kacau sebati.angkat.

Note :

U allz suke sambal lebih ...So utk ayam mak gandakan 2x bhn
Tuk ikan nie mak mak gandakan 1.5 x bhn

Wednesday 14 January 2015

PETIS RUMPAI LAUT

Sebelum kenal blog.....resipi masakan selalunya dpt dari majalah or
rancangan masakan kat tv.....


Resipi nie dari rancangan tv  rahsia rasa tahun 2003....




 photo petis.jpg




Bahan :

1 kg udang besar -  buang kulit tinggal bhg ekor saja
500 gm sotong - dikelar2
1 labu bwg besar - mayang
100 ml santan pekat
2.5 sb petis
3 btg serai  - titik


Bhn kisar :

20 tangkai lada kering - rendam air panas
3 biji cili merah
4 ulas bwg putih
4 keping hirisan halia
1.5 cm kunyit
1 cm lengkuas
10 gm bekacan

Bhn perasa :

1 sb gula melaka
1 st garam
1 st gula
2 sb jus lemon


Cara :

1.Tumis bwg,Wangi msk bhn kisar,tumis hingga garing,masuk santan n petis
2.didih hingga pekat,masuk udang,sotong,bhn perasa n serai
3.renehkan 5 min ,padam api n masuk jus lemon kacau sebati


Tuesday 13 January 2015

KARI AYAM

Macam asam pedas n kicap....kari pun bole dimasak dgn ayam...
Ikan n daging....


Bukan saje sedap dimakan dgn pelbagai nasi....sedap juga tuk
dicicah dgn roti putih apalagi roti jala n roti canai....




 photo 20150114_134240.jpg









Bahan :
1/2 ekor ayam
1 liter santan - dari 1.5 biji kelapa
2 labu bwg besar }
3 ulas bwg putih } kisar then campur serbuk kari
1/2 inc halia }
2 biji kentang - belah 4 or 6
1 btg karot
1 pelepah daun kari
2 sb - serbuk kari
1 sb sos tomato
1 btg kayu manis
2 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 bunga lawang


Cara :
1.tumis bhn tumis n daun kari diikuti bhn kisar
2.garing,masuk ayam,ayam tukar warna masuk santan, karot n kentang
3.perasakan dgn garam.renehkan hingga kentang n karot empuk
4.masuk sos tomato.kacau sebati .matikan api

Monday 12 January 2015

ROTI TELUR

Satu lagi hidangan sarapan berasaskan roti n telur
resipi ni opismate abah tny chef kat hotel dier tinggal...
jgn main2 roti hidangan hotel nie.......=P~


Untuk bekal farhan...
U allz berdua sekolah pagi taun ni....
Klu rajin n sempat.....mak buatlar bekpes......

Suka waktu anto u allz....damai melihat suasana pagi....
Bila gelap sedikit2 menjadi cerah.....masyaAllah.....hebat
CiptaanNya.......:x


 photo rtm.jpg



Bahan :


1 bantal besar roti gardenia
4 biji telur rebus
2 sb mayonis
2 sb butter
sedikit gula,garam n pepper

lecek telur dan gaul sebati dgn semua bhn.siap
untuk disapukan pada roti.




Sunday 11 January 2015

MAC N CHEESE

Actually resipi asalnya ialah makaroni gratin telur rebus.....buat puasa taun lepas...
Yg nie simplejek....makaroni mkn ngan sos cheese.....



 photo 20140915_153133.jpg




 photo 20140915_152722.jpg






Sumber : Ayu S'pore



Bahan :

250 gm makaroni - rebus
1 labu bwg holland - dadu
1 biji karot - sagat
15 ekor udang
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya
Sedikit daun sup n bwg

Cara :
1.tumis bwg,masuk udang,garam,karot n lada sulah.
2.masuk makaroni kacau sebati.mati api masuk daun sup n bwg.gaul sebati

Sos cheese :

2 tin sos prego cream n cheese
3 ulas bwg putih
Sedikit air


Tumis bwg ,masuk sos n air.didih matikan api







 photo 20140719_191245.jpg









Utk gratin telur rebus - add :

3 biji telur rebus - belah 4
Mozarella chesse secukupnya

Lapis makaroni,sos ,telur,makaroni ,sos then cheese.
Bakar pada suhu 150C hingga cheese cair


 photo 20140719_170219.jpg />


COKLAT CHIP MUFFIN


 photo 20150119_192556.jpg



Muffin nie sedap sangat.....very chocolatey n gebus....
1 adun nie pki sofel medium dpt 15 pcs....

Resepi dpt dari gang masak kat forum diana dulu...
If not mistaken sumbangan kak Del rasenya....



 photo coklatmuffin-1.jpg



Yang bestnya senang nak buat...xyah keluar mixer n yet
Sedaappp.....=P~



 photo muffin-1.jpg




Bahan :

6 biji telur
250 gm butter (cairkan- 2 min guna microwave)
200 gm gula icing **- gula kastor pun bole
200 tpg gandum **
50 gm serbuk koko**
2 st baking powder **
150 gm coklat chip

**ayakkan

Cara :
1.pukul telur sampai bebuih (guna whiskerjek)
2.masuk bhn ayak,kacau sebati,masuk butter kacau sebati
3.masuk coklat chip kacau sebati.
4.isi dlm sofel  3/4 penuh
5.bakar dlm oven 170C  selama 20 min (api grill)

Note : permulaan panas oven 200 C,bakar 5 min pastu turunkan pada suhu 170.
1st batch masak dlm 25 min